
PENDAFTARAN IBADAH QURBAN 1445H/2024
KINI DIBUKA!
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
APAKAH KEPENTINGAN IBADAH QURBAN?
Ibadah Qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dan merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Kauthar, ayat 2 yang bermaksud, “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).
SIAPAKAH YANG DITUNTUT UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN?
Menurut Mazhab Syafie, Ibadah Qurban disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan ibadah haji.
KENAPA IBADAH QURBAN DI LUAR NEGARA?
Ibadah Qurban sebaiknya dilakukan di tempat sendiri, namun diharuskan dilakukan ditempat lain yang lebih memerlukan.
Kami memilih Kemboja kerana di sana terdapat ramai saudara Islam yang masih susah dan dihimpit dengan kemiskinan, disamping pelaksanaan ibadah qurban di sana dapat mempertingkatkan sosio ekonomi umat Islam yang masih ketinggalan.
Khidmat Qurban & Aqiqah di Makkah juga kami sediakan kerana keberkatan dan kesucian Tanah Suci Makkah dan pengharapan ganjaran berlipat kali ganda.
PENGURUS IBADAH QURBAN
Akademi Keluarga Fitrah menyediakan perkhidmatan pengurusan Ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja, dan Makkah. Dibawah pengawasan Ustaz Muhidin Mokter, kami telus dan tulus dalam setiap gerak kerja kami bagi memudahkan urusan anda dalam melaksanakan ibadah Aqiqah dan Qurban.
PERAKUAN & NIAT:
Adalah dengan ini diakui bahawa saya/kami menyerahkan kepada Akademi Keluarga Fitrah untuk menguruskan ibadah qurban/aqiqah kami di Kemboja/Tanah Suci Makkah dengan bayaran yang dipersetujui kerana Allah Taala. Semoga Allah menerima amalan ini.
Sekian, Terima kasih
KADAR BAYARAN QURBAN & AQIQAH
KORBAN/AQIQAH DI KEMBOJA
1 BAHAGIAN - RM349.00
1 EKOR LEMBU - RM2443.00
1 EKOR KAMBING - RM599.00
KORBAN/AQIQAH DI MAKKAH
1 EKOR KAMBING - RM560.00
Pembayaran kepada
FITRAH CREATIVE SOLUTION
Maybank - 5621 0667 8479
PROSES KHIDMAT PENGURUSAN IBADAH KORBAN DAN AQIQAH
1. Pendaftaran dilakukan dan bayaran dibuat mengikut harga yang ditawarkan.
2. Dengan menghantar pendaftaran dan maklumat yang diperlukan, bermaksud peserta bersetuju melantik Akademi Keluarga Fitrah sebagai wakil menguruskan ibadah qurban dan aqiqah.
3. Pihak Pengurusan Fitrah akan berkerjasama dengan rakan senergi di Kemboja, dan Tanah Suci Makkah untuk mengatur dan memastikan pelaksanakan ibadah korban dan aqiqah berjalan lancar.
4. Bukti pelaksanaan seperti gambar dan sijil akan disertakan dan diserahkan kepada peserta.
Maklumat Lanjut, hubungi;
Akademi Keluarga Fitrah, Fitrah Creative
011 - 3513 8901 (Zul)